Dodol Tradisional Pahang, Rasa Lama Yang Dirindui
Kelembutan rasa dodol yang diwarisi turun-temurun, menjadikan setiap gigitan satu kenangan yang tak lapuk ditelan zaman.



Intai pilihan Dodol Kami
Pelbagai pek dodol istimewa untuk setiap selera dan keperluan.
Dodol Tradisional Pahang, Rasa Lama Yang Dirindui
Kelembutan rasa dodol yang diwarisi turun-temurun, menjadikan setiap gigitan satu kenangan yang tak lapuk ditelan zaman.



Intai pilihan Dodol Kami
Pelbagai pek dodol istimewa untuk setiap selera dan keperluan.

DODOL PULUT KISAR 30g x8
Dihidangkan dalam pek kecil yang mengandungi lapan biji dodol bersaiz mini. Dengan saiz yang comel dan kemasan praktikal, ia memudahkan pemberian dan perkongsian.
Sesuai untuk:
- Doorgift kenduri
- Cenderahati majlis korporat
- Hadiah kepada pelanggan

DODOL PULUT KISAR 300g
Dodol dalam bekas sederhana dengan kuantiti yang cukup untuk dikongsi atau dinikmati berulang kali. Tekstur lembut dan rasa yang seimbang menjadikannya pilihan ideal yang membangkitkan rasa nostalgia.
Sesuai untuk:
- Hidangan keluarga kecil
- Juadah berbuka puasa
- Ole-ole ziarah

DODOL PULUT KISAR 500g
Bagi peminat dodol tegar atau mereka yang mahu menjamu tetamu dengan penuh gaya, pek ini adalah pilihan terbaik. Keaslian rasa yang dikekalkan dalam jumlah yang lebih banyak.
Sesuai untuk:
- Majlis jamuan
- Tempahan musim perayaan
- Stok rumah

Lebih Daripada Sekadar Dodol
Lebih dari sekadar rasa — ini keistimewa kami.
Menggunakan 100% beras pulut kisar dan bahan semula jadi
Dibuat daripada beras pulut kisar bermutu tinggi dan ramuan asli untuk memastikan rasa tradisi yang tulen dan berkualiti tinggi.
Dimasak dan dikacau tanpa henti selama 7-8 jam
Proses ini menjadikan tekstur dodol kekal asli, pekat dan kaya dengan rasa, hasil usaha penuh kesabaran dan ketelitian.


Apa Kata Pelanggan Kami?
Dipercayai oleh ratusan pelanggan dari seluruh Malaysia, hidangan tradisi keluarga yang digemari ramai.
Sumber: Shopee Dodol Master
mekyun
Kita try beli dodol sifu kita ni… ya Allah memang sedap… lain dari yang lain… tak manis sangat, terasa lemak dia. Korang wajib beli… berbaloi kalau makan tu
aynnmarzuki
Sedap tak manis. Rasa macam orang dulu-dulu buat. Senang nak makan. 3x dah repeat. Mula-mula mak beli pastu cucu nya habiskan. Wajib la order lagi.
D*****L
Love sangat. Sedap kena dengan tekak orang Sabah. AMARAN: Jangan beli satu nanti menyesal. Kena beli lebih sbb lepas rasa mesti akan rasa dua kali. Dah rasa dua kali, mmg rasa nak makan habis ja x boleh stop 🤭 Begitulah feel makan dodol dari Dodol Master 👍🏻👍🏻👍🏻
Faridah Mat Piah
Sedap sangat dodol mini, saya suka sangat… mcm dodol arwah mak saya buat

Galeri







Soalan Lazim (FAQ)
Jawapan segera untuk persoalan biasa anda.
Apakah bahan yang digunakan untuk membuat dodol ini?
Kami menggunakan bahan semula jadi dan segar seperti santan, beras pulut , & gula, menjadikan dodol kami selamat dinikmati oleh semua peringkat umur.
Berapa lama dodol boleh tahan?
Tanpa peti sejuk, dodol boleh tahan antara 2 hingga 3 minggu jika disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Jika disimpan dalam peti sejuk, ia boleh tahan sehingga 2 bulan.
Adakah dodol ini sesuai dijadikan sebagai hadiah?
Ya, pembungkusan Dodol Master yang kemas dan moden sesuai dijadikan buah tangan, doorgift, atau cenderahati korporat.
Boleh pos ke seluruh Malaysia?
Ya, kami boleh hantar ke seluruh Semenanjung Malaysia. Untuk Sabah & Sarawak, sila hubungi kami terlebih dahulu untuk semakan kos penghantaran.
Boleh simpan dalam peti sejuk ke?
Ya, boleh. Simpan dodol dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Untuk makan, biarkan pada suhu bilik selama beberapa minit sebelum dinikmati.
Berapa lama masa penghantaran selepas tempahan dibuat?
Tempahan akan diproses dalam masa 1–2 hari bekerja. Penghantaran biasanya mengambil masa 2–4 hari bergantung kepada lokasi.
Ada minimum order ke untuk beli?
Tiada minimum order untuk pembelian biasa. Namun untuk harga borong atau tempahan majlis, minimum kuantiti akan ditetapkan mengikut jenis produk.
Bagaimana jika dodol sampai dalam keadaan rosak?
Kami komited dengan kualiti. Sekiranya dodol sampai dalam keadaan rosak atau tumpah, sila hubungi kami dalam masa 24 jam untuk penggantian atau pulangan.

Bawa Pulang Rasa Asli
Lihat senarai produk kami dan pilih saiz dodol mengikut citarasa anda.

Dodol Beras Pulut Kisar
30g x 8
RM12

Dodol Beras Pulut Kisar
300g
RM15

Dodol Beras Pulut Kisar
500g
RM25
Promosi Rasa Tradisi
Jimat lebih bila beli banyak — untuk infaq dan semua majlis anda!

Dodol Master Mini Bungkus
- RM12 (Sebungkus)
- RM10 (10-49 bungkus)
- RM8 (50 bungkus atau lebih)

Dodol Master 300g
- RM15 (Sebungkus)
- RM12 (10-49 bungkus)
- RM10 (50 bungkus atau lebih)

Dodol master 500g
- RM25 (Sebungkus)
- RM20 (10-49 bungkus)
- RM17 (50 bungkus atau lebih)

Infaq Dodol Master
- RM1.50 (Sebiji)
- RM1.30 (100 biji)
- RM1.50 (150 biji)
- RM1 (200 biji atau lebih)

Dari dapur kecil ke citarasa ramai
Tentang Dodol Master
Dodol Master bukan sekadar jenama — ia adalah manifestasi cinta terhadap warisan dan semangat keusahawanan. Diasaskan oleh Pn. Suhanim binti Sahbudin, seorang usahawan gigih dari Bera, Pahang, Dodol Master bermula dengan dapur kecil dan semangat besar untuk mengetengahkan rasa dodol yang membangkitkan nostalgia.
Dari permulaan yang sederhana, Dodol Master kini berkembang hasil sokongan pelanggan setia dan keyakinan komuniti. Melalui bimbingan beberapa agensi tempatan seperti Pejabat Pertanian Daerah Bera, RISDA, MARA, KEMAS, dan NADI, Pn. Suhanim telah memanfaatkan peluang latihan, pembinaan kapasiti, dan pemasaran untuk membawa Dodol Master ke tahap yang lebih tinggi.
Setiap kotak dodol membawa bersama kisah usaha, kesabaran dan penghargaan terhadap tradisi — Dodol Master adalah pilihan mereka yang menghargai bukan sahaja rasa, tetapi juga nilai di sebalik jenama.
Usahawan Bimbingan





Mesej kami.
Tempah Dodol Sekarang!
Rasa keenakan dodol tradisional kami dengan hanya satu klik. Hubungi kami terus untuk tempahan pantas atau boleh dapatkan kami di saluran berikut.
